Thursday, December 23, 2010

Ukuran Medical Certificate a.k.a MC buat Ummi



Salam...
Hari ini sudah 23hb Disember 2010, hari khamis kan...M
Hampir sebulan sudah Iman Damia dicukurkan rambutnya... Aduhai, sekarang ni tumbuh tak rata. Orang tua-tua kata makan dek bantal. Apa boleh buat, ummi dan abi sabar je la. Tapi tidak mengapalah. untuk Iman Damia juga. Seronok tengok Iman Damia begitu sihat. Tetapi sekarang ni kerap juga Iman Damia batuk2. Nak bawa ke klinik, bukan batuk betul2 kahak tu. Kesian anak ummi ni.


macam mana lah Ummi nak rotate pict nie??
hari ini, Ummi cuba bagi Iman Damia naik 'kereta' hadiah daripada abang Man dan isteri, Kak Ha. Comel pula ummi tengok damia menguis2 kaki. Mana tidaknya, orangnya tinggi, seperti abi. Mana tidak sampai. Lucu Ummi tengok. Ummi snap bbrapa picture bagi pada Abi, Abi mesej ummi kata ni la kerja orang MC. Habis tu, kalau ummi melepek atas katil, siapa pula nak menjaga Iman Damia? Terfikir juga, kenapa Ummi tak suruh abi hantar Damia ke rumah pengasuh?
ralitnya Iman Damia
Iman Damia suka posing2 yerr

Nak buat macam mana, naluri Ummi tak boleh lah kalau ada di rumah, tapi anak takde. Rasa lain. Kepala Ummi ni berat semacam, jumpa Doktor Salmi, dia suruh aku continue Obimin. Terperanjat Ummi, tapi dia kan doktor...Ummi ni sape..?? Hahaha, Ummi rasa2 lah kan. Dah selamat dah Ummi buang pil Obimin. Flush into the toilet. Itu le cara Ummi menghapuskan ubat-ubatan yang Ummi rasa tak maw makan dah~~

Semasa Ummi drive balik daripada amik ubat and MC (mujur dapat MC kalau tidak, unpaidleave ler Ummi kena tolak gaji sebab cuti da habeshh), Ummi sembang2 dengan Iman Damia. Tapi, Ummi tengok Damia ni melentok semacam saja. Ummi dua tiga kali intai. Hihihi, Iman mamai la. Comel sangat2. Rasa kesian pula bawa Iman Damia keluar tengah2 panas. Tapi mujur Ummi keluar pukul 130 tu...sebab petang hujan lebat. Sampai sekarang kepala Ummi berat. MC pun still tak duduk diam. Kerja ofis masih dilakukan di rumah (call orang sana sini, hampeh sungguh). Tapi tak boleh nak cakap apa ar, kalau tidak kerja tak lancar, Ummi juga yang susah sayang.

Kemudian, balik rumah sambung lagi buat kerja rumah. Huhuhu, bagi seorang pekerja, bila MC, means MC lah. Tapi bagi seorang Ummi, Ibu, Emak, Mama, Mummy or what so ever you call her, tiada istilah cuti mahupun MC buatnya. Rehat Ummi hanya waktu malam, selepas Iman Damia tidur. Tapi tu bukanlah rungutan Ummi sebab, walaupun penat Ummi enjoy. Bila tengok Iman Damia sleep tight, Iman Damia lah yang paling comel sekali dalam hidup Ummi. Bila Ummi nak tidur, Ummi akan peluk Damia, cium Damia. Ummi mesti cakap dalam hati, duit, harta bukan kebanggaan Ummi. Iman Damia lah kebanggaan Ummi, harta ummi yang paling sayang. Sebab, mana ada Iman Damia yg ke2. Nama boleh lah tiru, tapi bukan insan ini...Nur Iman Damia~~~

No comments: