Monday, December 20, 2010

Samakah kami

Assalamualaikum...
Teringat cerita Nek Ma (nenek Iman Damia) kepada Ummi. Sewaktu pertama kali melihat Iman Damia dua jam selepas Ummi melahirkan Iman Damia, perkataan pertama yang keluar daripada mulut ma adalah "Ya Allah! Adilla aku!!!"
hihi, ummi pada mulanya kurang percaya. Iyalah, sama ke Iman Damia dengan ummi? tang mana yang sama. Bila aku lihat, mungkin hidung yang sama. Tapi kuasa Allah, bayi ni setiap hari berubah-ubah wajah sehingga menjadi sekarang.
Iman Damia dua jam selepas (lebih kurang 4petang)

Iman Damia (12 tengahmalam)
Iman Damia(waktu ni, ummi belum dapat berjumpa lagi
Abi seorang sahaja yang dapat lihat dengan dekat)

First meet. I heart you sayang!!!
Honestly, ummi xlarat pegang sebenarnya. Ni pun snap cepat2.
Ummi rasa betul2 lemah...

Banyak perubahan yang berlaku pada Iman Damia. Semakin hari, semakin comel ummi tengok. Tak sangka, betul kata Nek Ma, kita seiras...Cuma yang membezakan kita, Iman Damia tinggi, ikut abi yee~~
Bila diperhatikan, memang ada iras wajah ummi dan Damia. Seronok, macam melihat diri kita sewaktu kecil dahulu. Nek Ma selalu panggil Iman Damia, Adilla... Kesian NekMa, dia tak puas meriba aku sewaktu kecil. Tak apalah, cerita lama tak payah aku sebarkan di sini. Yang penting, semua sayangkan Iman Damia. Bila ummi tunjukkan gambar2 ummi sewaktu kecil dahulu, abi Damia tergelak2 sambil berkata wajah kita memang ada seiras.
Syukur Alhamdulillah. Baru tahu, Ummi dulu pom comey...kuwang kuwang kuwang

No comments: