Saturday, December 25, 2010

ImanDamia Batuk berkahak



Assalamualaikum...
Ummi susah hati dua tiga hari ni sebab Iman Damia demam, batuk dan selsema. Hari Khamis bebaru ni merupakan hari paling sibuk dan kelam kelibut. Kena handle 2meeting in the same time. Memang agak membuatkan Ummi naik angin sebab janji pukul lain, datang pukul lain. Ummi terpaksa tunda meeting Ummi lebih kurang setengah jam (nasib baik 1/2 jam). Itu pun sebenarnya mendatangkan persepsi kurang enak pada 1st mtg sebenarnya sebab Ummi client, mana boleh buat client macam tu.

Namun yang demikian (aceh ceh..), Ummi tak lah marah. Orang datang cara baik, kita kena layan dengan baik. Emosi letak ketepi sebab kerja tak boleh seiring dengan emosi, itu nafsu namanya. Syaitan suka lah kalau kita melayan nafsu amarah. Kalau kita sabar, syaitan kalah dengan kita. Kita kena think positive, mungkin orang buat mcm tu sebab ada perkara penting nk selesaikan. Huhu, pandainye Ummi bagi nasihat~~ ;-P

Selesai kedua-dua meeting, Ummi balik ofis dan sempat berborak2 dengan Uncle Tagom. Ummi tgk henset Ummi ada miskol dari Ibu. Dapat pulak mesej beritahu Iman Damia badan panas. Menggigil badan Ummi. Time tu Ummi rasa nak amik kunci kete, vroooommmmm. Tapi Ummi tengok jam pukul 340 ptg. Mesej pukul 10 lebih. OMG. Mmg Ummi ni teruk sangat tak alert mesej. Selalu macam tu. Ummi telefon Ibu, Ibu kata Ibu lap2 badan Damia dengan towel. Sedih Ummi.

Petang pukul 445 Ummi setel manage farewell untuk Uncle Tawfiq, dia last day di ofis tempat Ummi bekerja sayang~..Tapi Ummi nekad nak lari sekejap pergi Manjaku belikan Iman Damia Cool Fever sebab time da 5ptg. Boleh balik daaa. Tapi benda yang Ummi nak beli dah habis. Dapat Bye Bye Fever, Ummi beli je tak tengok dah harga. Tak mahal, tak sampai RM10.00 pun. Dapat je, Ummi berlari2 ke kereta. Sepanjang Farewell hati duk teringat Iman Damia je.
**Ini Lah rupa Iman Damia dengan ByeBye Fever**
**Tak banyak meragam, merengek jee**
**Kalau di agah, masih tersenyum**
Konon nak balik cepat lepas farewell, tapi biasa lah, bila di kaunter SWIK, Ummi msti stuck. Adaaaaaa je benda baru yang buat Ummi terkedu. Ummi kadang2 rasa nak meletup kepala, tapi Ummi kena tahan lah. Macam-macam rasa ada. Sedih sangat, tapi luahan Ummi macam tak jadi apa. Jadi, Ummi kena selalu kuatkan semangat. Tak mengapalah, masalah Ummi bukanlah seperti masalah di Palestin. Semoga Allah redho dengan hidup kita semua.

Ummi balik dalam pukul 6.20, biasa arr, memecut lori Ummi & Abi secepat mungkin. Bila sampai, tengok je Iman Damia, sejuk rasa hati. hari2 rindu bila Ummi pergi kerja. Cari rezeki untuk Damia sayang. Iman Damia, mesti senyum kalau tengok Ummi kan? Itu yang mahal tu.
Malam, Damia ok.
Hari Jumaat, Iman Damia batuk-batuk. Ummi decide untuk bawa Iman Damia ke Klinik Pakar Kanak2 An-Nur di Bangi. Punya jauh Ummi dan Abi travel. Dengan tak gaji lagi, tawakal je. Hihihi, Ummi nekad kalau mahal, guna debit card sebab Ummi xsempat nk cucuk dinding tubik pitih tu (mesin ATM). Iman Damia bila jumpa doktor tersenyum-senyum. Aii, buat Ummi macam bawa budak sihat je. Suhu badan 35.5, xdemam, tapi dr. boleh detect kahak dalam paru2. Dia bagi 1ubat demam, 1ubat batuk, 1ubat selsema. Ummi tanya dapat MC tak? Dr. kata, MC xde, tapi time slip ada. Hahaha, alangkah gembiranya kalau dapat sebab Ummi boleh jaga n bagi makan ubat. I always enjoy b wif u.
Ini Damia siang tadi, masih ceria dalam xsihat...
Si Mata Buulat

Ontheway balik Abi nak bawa Ummi g makan sebab Ummi tak makan apa-apa lagi (sbenarnya da makan kat rumah kuih segera yang hanya perlu digoreng, tapi ibu menyusu akan cepat lapar selepas menyusu. Ummi kalau lapar akan buat perangai. Macam manalah nak ubah perangai ni...). Ummi ni jual mahal xnak makan. Tapi bila da dekat kawasan rumah, Ummi tanya, kenapa tak bawa Ummi pergi makan. Ummi kena marah dengan Abi. Waaaa...xsuka!
Ummi xbawa Iman Damia balik, terus hantar rumah Ibu. Iman Damia tidur masa Ummi hantar.

Hari ni, Damia makin teruk batuknya. Susah hati Ummi dibuatnya. Tulis blog ni pun, sekejap2 Ummi bangun jenguk Damia. Bila Iman Damia batuk, berlari Ummi masuk bilik. Siapa lah tak sayang anak. Nur Iman Damia, tabah ye. Ujian kecil ni Allah bagi supaya Iman Damia jadi anak yang kuat. Allah bagi ujian sebagai tanda Allah sayang kita.

**Beginilah Nur Iman Damia tiap kali makan ubat**
Ummi dont like
**Ummi usik2 pom dop deggih**

P/S: Batuk berkahak bagi kanak2 yang masih bayi perlu dipantau. Ini kerana bayi tidak tahu bagaimana untuk mengeluarkan kahak sendiri berbanding orang dewasa.
Kebiasaannya, jika kanak2 yang mengalami demam batuk dan selsema yang kronik akan disarankan menggunakan nebuliser. Ummi teringin nak bagi Iman Damia guna nebuliser berbanding makan ubat. Rawatan fisioterapi juga kaedah yang mahu dicuba. Memandangkan ubat sudah diberi...jadi, ummi bagi Iman Damia makan ubat dahulu ye sayang. Moga cepat sembuh. Ummi dan Abi kasih dan sayang pada si manja, Nur Iman Damia.

No comments: