Saturday, December 25, 2010

A Story without Title

Macam Mana rupa Iman Damia bila besar nanti. Agak2 Iman Damia macam Ummi kah?
Huhuhu, Iman Damia check it out ye...

Shemakin hari shemakin sherashi~~
Ummi geram tgk gambar tak leh rotate ni~~

Iman Damia mmg gorjes sangat kalau buat mata bulat. Biasanya kalau bangun Subuh, Iman Damia kejutkan pukul 5pg, mesti Ummi akan kata
"Alaaa, Mia kenapa bangun pukul 5? Ummi dah tak boleh tidur..."
Iman Damia tersengih2, kemudian bila azan Subuh berkumandang, Iman Damia yang sedang menyusu pasti akan berhenti dan memandang Ummi dengan mata yang bulat. Lebih bulat daripada mata di atas. Ummi yang tengah mengantuk mesti ketawa.
Lucu plus comel pula si comel Ummi dan Abi ni.
Abi buat apa? Hmm,ada masa Abi akan bangun dan ke Surau untuk berjemaah.
Ada masa Abi akan usik-usik Iman Damia. Ada masa Abi mamai2.
Tetapi kalau Iman Damia menangis2, Abi mesti bangun dan melayan. Abi Damia sangat penyabar orangnya. Kita bertuah sayang sebab kita share lelaki yang terbaik~~

Mata bulat

Scarf ni Ummi beli, tapi Iman Damia hanya sempat pakai buat action sahaja sebab dah tak muat.
Ummi kecewa. Kecewa. Ummi tak suka membazir tetapi nampaknya, membazir lagi.

Iman Damia dan sikat kapitnya~~

Suka lah tengok pict Iman Damia yang ini~~

Credit to Abi Iman Damia yang handsome lagi bergaya (untuk Ummi sahaja).
Ummi shuka shangat2. Iman Damia look so cute.
sUrPris3

y0rK

ImanDamia, why gving me a surprise look?
Hahaha...Iman Damia sangat comel bila pakai tudung.
Bertudung ni tuntutan agama. Bukan untuk berfesyen2.

Saya dipaksha berposhing

Haa, berikut gambar-gambar ummi yg matanya buLeeT. Ni antara gambar yang Ummi jumpa masa Ummi selongkar gambar Diploma a.k.a zaman anak dara sunti...hihihi...
Orang kate, dari mata turun ke hati...huhu...Layaannnn
Gambar ni semasa Ummi di Library di Machang Kelantan. Ummi ni kuat study (Diploma in Business Study) dulu. Tu yang jadi antara top scorer masa batch Ummi le kan..kan..
Zaman-zaman berkawan baik dengan Abi la time ni. Kawan je, tak bercintan cintun pun.
Ummi bosan-bosan belajar, ni lah kerja Ummi. Perasan sorang-sorang.

Gambar ni masa Nek MokNgoh a.k.a Anyos kawen. Ummi snap suka-suka je, tapi terperanjat juga Ummi tengok mata bulat. Time ni, Ummi g umah Nyang SuLah tak pakai spec. Lupa.
Zaman-zaman Ummi masih bergelar pelajar UiTM juga.

Haa, Ummi suka tudung ni tapi sampai sekarang Ummi tak jumpa mana Ummi letak tudung ni. Nanti Ummi cari lah. Ni selepas mendaki 'tangga Batu Caves' UiTM Machang. Mujur lah Ummi ni dahulunya aktif bersukan (basketball, wakil UiTM Kelantan okies, tak tipu punya).
Stamina mmg gagoh la time ni. Dalam sehari kalau da time break untuk exam, Ummi akan keluar ke library pukul 8 pagi-5ptg. Balik hanya untuk makan, itu pun jarang naik bilik (Kolej Tun Abdul Razak tingkat 6, xde lif pom).
Kemudian Ummi akan keluar balik ke Library pukul 8malam dan balik bila lagu UiTM dihatiku berkumandang di library.
Itulah cara halus menghalau tetamu tegar seperti Ummi di sana.
Ummi takkan lupa masa ummi bermati matian study Business Law, bawa buku macam bukit, abang librarian tersengih2 pandang Ummi tiap kali Ummi study Law.
^%$%%^&#@
Ummi terasa, tapi buat tak tahu.
Slack sungguh dapat A-, kalau tidak Ummi da dapat makan free kat hotel.
(xde sesape pun yg berjaya dpt dibelanja Lect.Rizal a.k.a Mr.Bean)

Tau sebab apa ummi keluar seawal 8pagi ke library? Sebab Ummi nak jadi orang pertama masuk library. Hihi,Ummi ni kadang-kadang perangai semacam juga sayang. Ummi akan rasa satu kemenangan dapat melangkah sebagai orang pertama. Lagipun Ummi dah ada tempat fevret belajar dalam library tu. Tingkat atas, tempat tersorok. Besssst.
Seorang diri sewaktu itu membuatkan Ummi bahagia dalam duka. Ummi sedang menyembunyikan diri sebenarnya daripada masalah sendiri.
Daripada Ummi bersedih-sedih layan perasaan, lebih baik Ummi membawa diri, mendekatkan diri dengan ilmu. kawan-kawan kalau tak jumpa Ummi di library, konfom boleh jumpa kat Surau UiTM (tingkat atas la cam biasa. Ummi suka tempat tinggi-tinggi laa).

Zaman Diploma (Final Year, Last Class)
Yang ini gambar beberapa minit sebelum presentation class Entrepreneur xsilap Ummi.
Subjek ni leee yang buat slack sebab dapat A-.
Kalau tidak, Ummi buat record semester tu 4.0 flat. Ummi kecewa tak dapat memenuhi ramalan.

Namun anakku Iman Damia, sebenarnya kejayaan bukan diukur dengan keputusan peperiksaan, atau tahap pelajaran kita.
Apalah guna belajar tinggi-tinggi jika iman dan agama di hati kita hanya senipis kulit bawang.
Kalau kita nak Allah kasih dan sayang kita di dunia dan di akhirat, kita kenalah jadi insan yang benar-benar menjadi Islam yang sebenar-benar Islam.
Sebab Allah menganjurkan kita masuk ke dalam Islam dengan sebenar. Ummi dan Abi, uncle2 dan auntie2 di madrasah an-nur akan sentiasa berusaha. Cakap2 sahaja tak guna sebab Allah juga akan melihat amalan kita.

P/S : Ummi ada task yang belum Ummi buat. Kalau UA ummi tanya nanti kantoi laa asyik berblogging je...

No comments: