Thursday, January 20, 2011

Misi Menyelamat


Assalamualaikum...

Hihihi, misi menyelamat yang dijalankan oleh Abi, Ummi dan Nur Iman Damia telah berlangsung pada weekend lepas (Ummi lupa hari). Misi ini dijalan kan hampir satu jam dan dilalui Iman Damia dengan perasaan boring tahap medium. Hihihi... Damia mengomel sorang2 sepanjang misi tersebut~

Tak lepas pandang ayahanda tersayang
Iman Damia bosan tunggu~
Abi baru nak panas enjin...
Damia dah mengerut dahi dah...
Ok, enjin hidup sudah...Ayuhhh, cepat.
Iman Damia dah nak buka seatbelt dia tuuu

Perjalanan mula dilakukan. Abi mengetuai misi menyelamat
(Alamak ampun, terang dan jelas no. plat)






Tiba diperkarangan rumah~

Abi memakir kereta dengan hati2...
Short discussion among client n mechanic
Sementara menunggu Abi yang masih dalam misi, Ummi pun snap aksi2 Iman Damia bersama aksesori yang dipakai Iman Damia
*Shida kalau ko baca, recognize tak baju yg Iman Damia pakai?
Itu lah baju yg auntie Shida kasi. Comelkan.
Tapi sory sbb Ummi memang tak bagi Iman Damia pakai skirt sahaja tanpa seluar kat luar rumah.
*Seluar tu auntie Insyirah yang bagi-dari Japan~ ngee
*Kasut, Mak Lang (auntie iera) yang hadiahkan, dari UK~ngee...
~thanks olz~
semua tu utk 6mnths above tapi Iman Damia dah muat pakai

hihihihihihihihihi
Shomel la anak dara Ummi nie...
Baik je perangai dia sepanjang misi menyelamat.

Heee, mesti ada yang tertanya, misi menyelamat apakah. Sebenarnya misi menyelamatkan kereta Auntie Khumairah. Alhamdulillah, berjaya diselamatkan dan sedang diselamatkan barang kali. Apa-apa pun, Iman Damia, hidup kita ni kena bantu membantu selagi termampu. Hidup berjemaah itulah yang harus diamalkan. Ikut sikap Abi yang suka menolong orang. Nanti orang sayang, Allah pun sayang.

Masalah Sembelit

Tengahari sebelum kejadian~

Assalamualaikum~~
Minggu lepas, hari Ahad Iman Damia terkena sembelit...Ummi kesian sangat2, ummi dah dapat instinct da yang Iman Damia mcm ada perkara yg tak kena sewaktu dia meneran. tarik baju Ummi bukan main kuat, lepas tu pegang tangan Ummi pula, kuat lagi...Ummi mmg cheer leader yg sejati, jadi Ummi support Iman Damia seikhlas dan seserius mungkin. Mana bisa daku tinggalkan anakanda ku yg dalam kesusahan.

Ummi plan nk g petang, tapi Abi kata lepas maghrib. Ambik Maghrib, pukul 10 mlm baru g. Pedih hatiku, tetapi ku gagahi juga pergi klinik. Doktor nasihat bagi makan cair2, banyakkan air, buah2 yg boleh dimakan Iman Damia. Dua jenis ubat cair doktor Yusril bagi.

  • Doktor Yusril ni lah yang bagi Ummi surat masuk hospital semasa Ummi mengandungkan Iman Damia 6 bulan sbb Ummi disyaki mengalami contraction. 1 jam ummi menggelupur, bajet nak ke klinik, sampai depan klinik da tak sakit, ummi ajak abi gi JJ. Ngoksngeks disitu. Bila kali ke-2 baru Ummi pergi, tapi bila dapat surat macam tu, menggelabah juga Ummi dengan Abi).
Takut lah kalau kena paksa bersalin dengan keadaan organ2 penting belum well function agi. Ummi siap nangis2 takut. Iyalah, Ummi lasak juga semasa mengandungkan Iman Damia. Bila jadi macam tu, mula hati2 dlm semua hal.

Back to the story, bila ummi beritahu Iman Damia baru masuk 5bulan, doktor tergezut. Terus disuruhnya pembantunya membantu menimbang anakanda ku.... keputusan 8.2kg, titik noktah.
Patutlah Ummi rasa sakit2 tangan sekarang. Dah mencecah 8kilo rupa2nya. Patutlah bila peluk Iman Damia sedap bangat.


Jadi, pada malam tersebut Ummi bagi makan ubat angin dan ubat untuk membantu Iman Damia berak esoknya. Iman Damia tak berak, Ummi risau...esoknya baru berak...Ummi happy sangat.

Masalah sembelit tidak/jarang berlaku kepada bayi yang diberi bf oleh ibu. Mcm Ummi, Ummi dah start campur, dengan makan bubur nya lagi... i think sembelit damia sebab bubur kot sbb sebelum ni susu yg ummi bagi xprnah smbelit mcm tu. lagipun Ummi bagi bubur yg solid, so mmg Ummi yang salah. Ummi takda pengalaman. Mana Ummi tahu, baca resepi kat internet pun bukan nak mention cair ke solid ke... Tapi apa2 pun dalam hal ni, Ummi yang bersalah. Ummi bagi bubur kat damia guna beras perang. Iman Damia suka. Sekarang memang dah buat liquid la bubur Mia. Jadi, bubur yang diberi pada bayi 6mnths below kenalah cair. Kalau tidak jadi macam anakanda Ummi last weekend. Jangan bagi banyak2 sangat.



Semoga anak Ummi berak spt biasa... Hmm, kalau org tua yang kena Ummi malas ar nak mention canang sana sini tapi kalau bayi better Ummi story, boleh share pengalaman yang tak seberapa ni. Ummi dapat info daripada doktor pakar kanak2, makanan yg kurang alergik kepada bayi 6bulan adalah:
  • beras
  • prune
  • lobak
  • epal merah
Jadi, apa lagi, lenyek jangan tak lenyekkkk~~

Saturday, January 15, 2011

KOLEKSI ABI MIA

AHLAN WASAHLAN WA MARHABAN BIKUM...
ASSALAMUALAIKUM~

Entry hari ini yang kedua posting (ngeeee) adalah perihal gambar skema Abi dan Iman Damia. Dah lama dah Ummi simpan gambar ni. Tunggu masa nak letak je. Gambar2 ni masa Iman Damia dua tiga bulan. Baju yang Mia pakai still suit dengan Mia. Kalau sekarang, nak kancing dah tak boleh ye puan2.

AKSI DALAM RUMAH
Daku terpaksa
Ok, comel
Tegak je dua beranak ni. Ummi suka dalam ketawa...
Teruskan skema
Thumbs up to Mia sebab ekspresi muka memang terbaik

AKSI LUAR RUMAH
Aksi luar rumah lebih ceria yea readers~
Candid
Taman Tasik di Cheras Perdana
More Candid
Manis la (amik hati)

AKSI MASUK RUMAH BALIK
Mia...Mia....Ai, tak layan?
Aduh, lotih den...Mia...Mia...
Ai, buat tak tahu je...
Merajuk kangggg...
Yes, berjaya snap...
Opss, Mia macam tak puas hati?
Sila Cuba Sekali Lagi Abi~~

Cuba lagi...
Cubaa lagiiii...
Nampak nya cukuplah mencuba...
Next time pula~

BULAN KELIMA DAN SEDIKIT PESANAN

Assalamualaikum...

Shadap not shadap, 5 bulan sudah Ummi bersama Iman Damia.
  • Syukur!!!
  • Seronok!!!
  • Bahagia!!!
Hidup totally changes. Masa awal2 dulu, Ummi terpinga-pinga juga. Boleh ke Ummi jaga Iman Damia 24 hours? Macam mana nak manage, semuanya merisaukan Ummi.

Sekarang memang tak dapat dinafikan memang Ummi masih tak sempat nk sempurnakan diri buat semua kerja rumah. Thanks to Abi sebab memang memahami keadaan kita. Ummi rasa, ramai lagi di luar sana yg tolong isteri bila ada anak kecil. Kita ni antara yang bertuah Iman Damia sebab Abi memang rajin bab buat kerja rumah. Memasak, membasuh, menyidai, melipat, menyapu, menyusun, apa je yang tak pernah Abi tolong Ummi? Mandikan, menyusu, bagi makan Iman Damia je yang belum. Tak apalah, urusan Iman Damia serah pada Ummi 100%. Ummi tak kisah.

Sekarang Iman Damia dah besar sikit, Ummi pn dah boleh pelan-pelan memasak sbb sblm ni kalau kerja, msti kena tapau luar. Tapi sekarang Ummi dah tak berapa lalu nk makan kat luar sbb Ummi mst headache sebab terlalu banyak bubuh aji~ which is Ummi dont like. Rumah kita mana ada aji~... MSG no good for our health. Abi pun sendiri tak suka. Thumbs up to Abi.

Time malam2 macam ni lah bila Iman Damia dah tidur baru Ummi ada masa untuk diri sendiri. Menconteng kat entry ni dan perkara yg perlu dibuat. Bila Iman Damia dah pandai golek2 ni, seronok pula Ummi. Bila bangun tidur, Iman Damia tak kacau Ummi dan Abi tapi suka main2 sendiri. Lucu lah tengok anak Ummi sayang ni. Bila Ummi bagi tidur waktu siang, sedar2 Abi cuit panggil Ummi tengok anak tengah main sorang2 dalam bilik. Lucu betul tengok budak kecil ni bermain2. Pandai.

Ummi tak tahu kenapa Iman Damia suka sangat renung Abi, pastu tersengih2 padahal Abi bukan pandang pun. Kalau pandang, bukan main seronok dia. Tapi satu perkara yang buat Ummi selalu rasa 'magik' bila Ummi dapat buat Iman Damia ketawa, tersenyum. Macam ada satu perasaan aneh sebab ada seorang manusia yang kecil sedang bergerak2 depan Ummi which is Ummi punya. Tak ada orang lain boleh copyright budak ni daripada Ummi and Abi.
Ummi tak ajar yee...
The one and only

Semoga Iman Damia terus membesar dengan sihat. Menjadi anak yang berAl-Quran dan berakhlak indah. Punya cita2 yang banyak tidak salah, Ummi restu asalkan berAl-Quran dan Sunnah Rasulullah tak tinggal.

Pusaka dari Rasulullah untuk kita semua:
"Taraktufikum Amraini, maa in tamassaktum bihima, lan tadhillu abada, kitaballahi wa sunnata rasulihi"
Makna: "Ku tinggalkan kepadamu dua perkara (pusaka), tidaklah kamu akan tersesat selama-lamanya selama mana kamu masih berpegang kepada kedua perkara ini, iaitu Kitabullah dan Sunnah Rasullah."

Thursday, January 13, 2011

Macam-Macam Cerita


Assalamualaikum...

Beberapa hari Ummi tak aktif berblogging. Ummi penat sangat. Cepat mengantuk dan letih skang ni. Ini pun sebenarnya dah nak tidur. Tapi sempat lagi buka internet kendian berblog selepas:
  • Masak
  • Bagi Iman Damia minum susu
  • Bagi Iman Damia tidur
  • Tertidur sama tapi terjaga dari lena beberapa saat kemudian...hihihi
  • Solat
  • Basuh baju
  • Basuh pinggan mangkuk ayun segala macam
  • Simpan baju Iman Damia dalam beg
  • Masak bubur Iman Damia, simpan dlm freezer utk Ummi masak lagi esoknye
Hahaha, macam sibuk sangat je, sebenarnya biasa2 je. Cuma campur dengan balik kerja, boleh tahan la juga...
Ummi sebenarnya tadi nak mengedit2 kandungan blog, main pulak dengan edit2 HTML, seronok memang seronok, enjoy tapi kalau dah sampai sakit2 kepala memang tak dapek nak nolong dah. Ummi siap study cara nak mengedit layout guna HTML. Ganahhhh...Sampai sakit2 brain lah kalau orang Terengganu cakap. Siap rasa lapar lagi sekarang ni. Kalau lah Abi balik meeting jap lagi bawa balik burger depan Seven Eleven tu bahagianya..Ngeeee...Berangan ajelah.

Iman Damia:
  • Sihat
  • Kurang tidur siang, pengasuhnya bising juga. Tapi nak buat macam mana...
  • Pandai meniarap, tak pandai lagi pusing balik
  • Kuat ketawa
  • Manis bila tersenyum...nampak gusi yg sihat
  • Dah pandai makan
  • Suka cubit Ummi
  • Meragam sikit bila nak tidur
  • Sangat bersopan santun bila duduk dengan Abi....tak aci...!!
  • Nak Ummi peluk, usap kepala, cium2, Nyanyi.."Laailaha illallah..Muhammadur Rasulullah.."
  • Tidur nyenyak diwaktu , malam...Cuma lambat tidur laa
  • Akan seronok bila Ummi nyanyi lagu Old McDonald...Meh Ummi share lyric dia...
"Old McDonald had a farm... e.i.e.i..o
And on his farm his got some cow...e.i.e.i.o
with a moo moo here...A moo moo there
A moo here... A moo there... Everywhere a moo moo
Old McDonald had a farm... e.i.e.i.o"

Bukan setakat Cow...Chick, Goat, Duck...Mmg Iman Damia akan bertepuk2 tangan kemudian akan gerak2 mulut dia seolah2 nak menyanyi sama. Hai, baru 5 bulan sayang ooi...

Seronok bila tengok Iman Damia tidur. Eh, jangan salah faham. Bukan sebab Ummi tidak diganggu Iman Damia, tapi sebab Iman Damia nampak comel sangat bila tidur. Kadang2 (selalu sebnarnya) sampai ternganga tidur. Tengoklah pula macam mana Abi tidur...hihiiihi...Sedap mengata Abi, padahal Ummi pun two times five jugeee.

Erm, kat atas tu Ummi letak pictures ni. Kenapa agaknya?
Ummi cuma nak beritahu betapa hebatnya kuasa Allah. Bayi yang baru lahir ni akan sentiasa berubah wajahnya. Tidak lah ketara, tetapi memang akan nampak kelainannya. InshaAllah, kalau ada masa Ummi upload pictures Iman Damia from day first, 2nd, 3rd, 4th and 5th...

After a few months Iman Damia di dunia
Second Day...Our First Meet.
Tengok belakang Iman Damia, Ummi still pakai baju biru, baju semasa operation.
Kalau tidak, pakaian kaler kuning tua...nice...
Masa ni Ummi nak angkat Iman Damia pun tak boleh, tak larat lagi~
btw, Ummi and Abi Loves Mia so Much dear...

P/S: Sayang Allah, Sayang Nabi, Sayang Ummi n Abi, Sayang semuanya...