Thursday, December 30, 2010

RiaNgRiaBerSamaImandaMIA

She loves picking anything surround her...



































Aii, Nampak sikit lengan Abi.
Agak-agak laa kan...
Apa yang sedang di buat Abi yer...
Mau close up?
Xpe lah, nnt Ummi kena laser dengan abi...
Huhuhuhu...

















Suka sangat la tu Ummi agah dia
Love when she grinned
Love everything about her
Love your soft skin
Your soft voice
Jumping at Ummi stomache
Kasi kempis sikit
Bubling and keeping on bubling all the time
As practicing...
Bukankah Iman Damia mahu jadi pendakwah
Chilled
This is nice one shot from Mia.
Gigit ur pipi can?

Aksi si Cilik Manja dengan Abinya

Iman Damia begitu gemar dipeluk abi sewaktu anakanda ni tidak tenteram.
Apakah barangkali yang bermain difikiran mu anakandaku~~


Yeah, gatal gusikah?
Wahi sokmo gigit jari, lengan Ummi n Abi...What we do? lol






Bila Iman Damia bermain begini, hati Ummi dan Abi rasa senang sekali.
Kalau tidak, waktu2 begini (7ptg ke atas) Iman Damia akan gelisah.
Bila makan ubat shj Iman Damia akan mengamuk.
Ummi sebenarnya sedih bila tgk air mata anak ummi ni mengalir.
Tak sedap ye ubat tu? Sekejap je, Iman telan, nanti Ummi bagi minum air...
Huhu, jangan bimbang anakanda. Ubat dah Ummi simpan. No need to worry~

May Allah bless us
Amiin~

Pergilah penyakit~~~

Assalamualaikum...
Entry today is nak announce Iman Damia dah hampir sembuh. Walaupun still batuk dan kadang2 ada batuknye tetapi Ummi dah stop bagi ubat ubatan. Ummi balik kerja, amik Iman Damia kat rumah Ibu anak Ummi ni senyum sahaja. Dalam kereta pun senyum-senyum dan mulut bising bercakap bahasa yang ummi kurang faham, tapi Ummi layankan shj.

Semalam, Ummi balik kerja Iman Damia ada juga menangis memanjang, tak tahu sakit apa. Tapi ada masa Iman Damia sengih2. Macam-macam ragam lah anak Ummi sayang ni.






Ujian lah semua ni apabila bergelar ibu. Ummi dan Abi bergilir-gilir pujuk budak kecil ni. Ada masa senyap, ada masa nangis. apa yang disedihkan entah lah. Abi mengaji pun Iman Damia nangis lagi. Bila abi buka seluar Iman Damia, tiba-tiba wajah yang keruh bertukar ceria. Iman Damia memang macam ni. Suka betul kalau time tukar lampin. Owh Nur Iman Damia.

Hari ini, suka sungguh ummi tengok Iman Damia begitu aktif. Dengan Ummi ada sekejap merengek sebab nak tidur. Tapi Ummi tahu macam mana nak diamkan si Iman Damia ni. Tak payah nyanyi apa pun. Peluk sahaja, nanti Iman Damia akan senyap seperti dibawah...hihihi

Sorry la, Ummi memang sengaja amik gambar Iman Damia sedang menangis
Comel la tu menangis mcm tu..Biasa nii....
Huhu, peluk je macam ni konfom lali nyerr... tepuk2 arr sikit, ttp AWAS...
Andai di baringkannya saat dia sedang lali sebegini NESCAYA Damia akan
mengamuk dengan suara yang nyaring sekali...
mesti pandai nyanyi macam Ummi...
ongggkedek kedek
Apabila Iman Damia sudah betul-betul diam, pelan-pelan baringkan di atas riba.
Look at her....pipi Iman Damia dah baik daripada ruam susu
Comelnya anak Ummi ni tidur...
Now, slowly put her lay on the mattress
Suci nya wajah anak kecil yang tiada dosa ini...Ummi doakan Iman Damia
terpelihara akhlaknya dan Imannya...
Amiin

Wednesday, December 29, 2010

SOLEH/SOLEHAH?**DIDIK SEBELUM 2TAHUN**

Assalamualaikum~~(Nada Dr. Izzy)

Ummi dah lama nak story fasal Abi dan Iman Damia. Tapi nanti lah, jika diberikan ruang dan masa yang lebih. Ummi tengok juga bola sepak tadi, cuma tak la melangut sangat sebab Ummi terkejar2 dengan Iman Damia, lepas tu nak makan. basuh itu ini...

Iman Damia si jantung hati kurang sihat dalam seminggu ni. Hari ni Alhamdulillah demam dah kebah. Semalam Ummi terpaksa amik unpaid leave (akhirnya) kerana anak Ummi ni tak sihat. Sedihnya bila tengok Iman Damia sakit2. Ummi rela Ummi yang sakit daripada tengok Iman Damia macam tu. Orang kata Iman Damia nak berubah bulan. Hmm, ikutkan memang lah akan masuk 5bulan...tapi bukan bulan ni, tahun depan (2011).

Takkan tiap2 bulan kena demam? Kesian lah kalau macam tu. Ada masa dalam sakit2, Iman Damia akan gembira, ada masa meragam, aduhai. Ummi kadang2 rasa hilang sabar juga, tetapi Ummi tidak akan sekali-kali marah pada Nur Iman Damia sayang. Ummi tak nak anak Ummi membesar dengan cara begitu.
Ummi ada beli satu ebook RahsiaAnakSoleh.com , jika kita nak membentuk anak menjadi anak solehah, perlu dilakukan SEBELUM usia 2tahun. Jika anak sudah berusia 2 tahun ke atas, penulis ebook tersebut menyarankan untuk menunggu anak kedua. Betul atau tidak, wallahualam. Tetapi pasti penulis tersebut mempunyai sebab mengapa beliau berani mengeluarkan kenyataan tersebut. Itulah yang sedang Ummi dan Abi usahakan jika mendapat izin Allah. Ibu bapa mana yang tidak mahu anaknya warak beragama.

Sememangnya banyak ilmu dan tips yang Ummi dapat dengan membaca ebook tersebut. Ada juga ebook PERCUMA yang boleh ummi dapat semasa masuk web tu. seronok.
Ummi harap, Ummi akan ada masa untuk berkongsi tentang ebook tersebut RahsiaAnakSoleh.com kepada kawan-kawan yang lain.

Ok lah, gtg. Ummi nak tito dahulu. Sebelum tidur, senyum dan fikirkan apakah amalan dan ibadah kita hari ini? Adakah Allah redho dengan setiap langkah kita?

Renung2kan dannn..Slamat BeramaLL~~~


Saturday, December 25, 2010

A Story without Title

Macam Mana rupa Iman Damia bila besar nanti. Agak2 Iman Damia macam Ummi kah?
Huhuhu, Iman Damia check it out ye...

Shemakin hari shemakin sherashi~~
Ummi geram tgk gambar tak leh rotate ni~~

Iman Damia mmg gorjes sangat kalau buat mata bulat. Biasanya kalau bangun Subuh, Iman Damia kejutkan pukul 5pg, mesti Ummi akan kata
"Alaaa, Mia kenapa bangun pukul 5? Ummi dah tak boleh tidur..."
Iman Damia tersengih2, kemudian bila azan Subuh berkumandang, Iman Damia yang sedang menyusu pasti akan berhenti dan memandang Ummi dengan mata yang bulat. Lebih bulat daripada mata di atas. Ummi yang tengah mengantuk mesti ketawa.
Lucu plus comel pula si comel Ummi dan Abi ni.
Abi buat apa? Hmm,ada masa Abi akan bangun dan ke Surau untuk berjemaah.
Ada masa Abi akan usik-usik Iman Damia. Ada masa Abi mamai2.
Tetapi kalau Iman Damia menangis2, Abi mesti bangun dan melayan. Abi Damia sangat penyabar orangnya. Kita bertuah sayang sebab kita share lelaki yang terbaik~~

Mata bulat

Scarf ni Ummi beli, tapi Iman Damia hanya sempat pakai buat action sahaja sebab dah tak muat.
Ummi kecewa. Kecewa. Ummi tak suka membazir tetapi nampaknya, membazir lagi.

Iman Damia dan sikat kapitnya~~

Suka lah tengok pict Iman Damia yang ini~~

Credit to Abi Iman Damia yang handsome lagi bergaya (untuk Ummi sahaja).
Ummi shuka shangat2. Iman Damia look so cute.
sUrPris3

y0rK

ImanDamia, why gving me a surprise look?
Hahaha...Iman Damia sangat comel bila pakai tudung.
Bertudung ni tuntutan agama. Bukan untuk berfesyen2.

Saya dipaksha berposhing

Haa, berikut gambar-gambar ummi yg matanya buLeeT. Ni antara gambar yang Ummi jumpa masa Ummi selongkar gambar Diploma a.k.a zaman anak dara sunti...hihihi...
Orang kate, dari mata turun ke hati...huhu...Layaannnn
Gambar ni semasa Ummi di Library di Machang Kelantan. Ummi ni kuat study (Diploma in Business Study) dulu. Tu yang jadi antara top scorer masa batch Ummi le kan..kan..
Zaman-zaman berkawan baik dengan Abi la time ni. Kawan je, tak bercintan cintun pun.
Ummi bosan-bosan belajar, ni lah kerja Ummi. Perasan sorang-sorang.

Gambar ni masa Nek MokNgoh a.k.a Anyos kawen. Ummi snap suka-suka je, tapi terperanjat juga Ummi tengok mata bulat. Time ni, Ummi g umah Nyang SuLah tak pakai spec. Lupa.
Zaman-zaman Ummi masih bergelar pelajar UiTM juga.

Haa, Ummi suka tudung ni tapi sampai sekarang Ummi tak jumpa mana Ummi letak tudung ni. Nanti Ummi cari lah. Ni selepas mendaki 'tangga Batu Caves' UiTM Machang. Mujur lah Ummi ni dahulunya aktif bersukan (basketball, wakil UiTM Kelantan okies, tak tipu punya).
Stamina mmg gagoh la time ni. Dalam sehari kalau da time break untuk exam, Ummi akan keluar ke library pukul 8 pagi-5ptg. Balik hanya untuk makan, itu pun jarang naik bilik (Kolej Tun Abdul Razak tingkat 6, xde lif pom).
Kemudian Ummi akan keluar balik ke Library pukul 8malam dan balik bila lagu UiTM dihatiku berkumandang di library.
Itulah cara halus menghalau tetamu tegar seperti Ummi di sana.
Ummi takkan lupa masa ummi bermati matian study Business Law, bawa buku macam bukit, abang librarian tersengih2 pandang Ummi tiap kali Ummi study Law.
^%$%%^&#@
Ummi terasa, tapi buat tak tahu.
Slack sungguh dapat A-, kalau tidak Ummi da dapat makan free kat hotel.
(xde sesape pun yg berjaya dpt dibelanja Lect.Rizal a.k.a Mr.Bean)

Tau sebab apa ummi keluar seawal 8pagi ke library? Sebab Ummi nak jadi orang pertama masuk library. Hihi,Ummi ni kadang-kadang perangai semacam juga sayang. Ummi akan rasa satu kemenangan dapat melangkah sebagai orang pertama. Lagipun Ummi dah ada tempat fevret belajar dalam library tu. Tingkat atas, tempat tersorok. Besssst.
Seorang diri sewaktu itu membuatkan Ummi bahagia dalam duka. Ummi sedang menyembunyikan diri sebenarnya daripada masalah sendiri.
Daripada Ummi bersedih-sedih layan perasaan, lebih baik Ummi membawa diri, mendekatkan diri dengan ilmu. kawan-kawan kalau tak jumpa Ummi di library, konfom boleh jumpa kat Surau UiTM (tingkat atas la cam biasa. Ummi suka tempat tinggi-tinggi laa).

Zaman Diploma (Final Year, Last Class)
Yang ini gambar beberapa minit sebelum presentation class Entrepreneur xsilap Ummi.
Subjek ni leee yang buat slack sebab dapat A-.
Kalau tidak, Ummi buat record semester tu 4.0 flat. Ummi kecewa tak dapat memenuhi ramalan.

Namun anakku Iman Damia, sebenarnya kejayaan bukan diukur dengan keputusan peperiksaan, atau tahap pelajaran kita.
Apalah guna belajar tinggi-tinggi jika iman dan agama di hati kita hanya senipis kulit bawang.
Kalau kita nak Allah kasih dan sayang kita di dunia dan di akhirat, kita kenalah jadi insan yang benar-benar menjadi Islam yang sebenar-benar Islam.
Sebab Allah menganjurkan kita masuk ke dalam Islam dengan sebenar. Ummi dan Abi, uncle2 dan auntie2 di madrasah an-nur akan sentiasa berusaha. Cakap2 sahaja tak guna sebab Allah juga akan melihat amalan kita.

P/S : Ummi ada task yang belum Ummi buat. Kalau UA ummi tanya nanti kantoi laa asyik berblogging je...

Si Manja Abi

Assalamualaikum...
Hari masih yang sama, cuma bertukar post sahaja. Iman Damia bangun sekejap tadi. Ummi tukarkan lampin pakai buangnya, ala, kencing sikit je. tapi takpe. Iman Damia memang suka air. Xde hal bangun 2 3 pagi untuk tukarkan lampin.

Ummi tidak membuang masa, Ummi sediakan ubat2nya untuk diberi kepada Iman Damia. Ummi dari pagi tadi, Ummi akan ketuk picagari pada cawan sebagai signal kepada Iman Damia untuk makan ubat. Pagi dan Tengahari Ummi buat perkara yang sama, bila petang...Ummi ketuk je picagari di cawan, Iman Damia dah gelisah dan tak mahu baring diriba Ummi. Ummi dah agak dah. Budak cerdik ni memang cepat tangkap. Tadi, Iman Damia masih baring2 di karpet tukar lampinnya, Ummi dah ketuk cawan. Onthespot Iman Damia gelisah. Muka dah tegang, Ummi angkat je meronta2. Sah, Iman Damia tahu dia akan diberi ubat.

Ummi riba Iman Damia, meronta lebih kuat. Alahai sayangku, rontaan mu tidak bisa melonggarkan pelukan Ummi. Ummi bagi makan Ubat. Alhamdulillah, berjaya ditelan walaupun Iman Damia berkumur2. Bila ummi follow forum, ubat2 yang Ummi bagi pada Iman Damia tu dikatakan sedap. Kenapa Iman Damia tak suka? Ikut perangai Ummi xsuka ubat kah? Kalau zaman nakal dulu, Ummi pernah bagi ubat Ummi pada auntie Azreen suruh dia telan. Yang lucu, dia telan ubat gastrik Ummi. Itulah sahabat baik Ummi sewaktu di Menengah dahulu. Kalau Ummi nak bagi makan ubat dan Abi ada, mesti Abi bersila tengok Ummi bagi Iman Damia makan ubat.
Abi yang hensem(hihi) & Iman Damia
Abi(yang lucu) & Iman Damia (sweet)
Abi & Iman Damia
Abi & Iman Damia (Nakal)
Abi & Iman Damia

Iman Damia manja dengan Abi. Bila time tidur, Iman Damia merengek2 tak nak tidur, Abi akan pasangkan surah Fatihah dan Yaasin. Dengan Ummi mulut Iman Damia potpet2. Dengar je suara Abi, Iman Damia mula diam. Tangan halusnya akan memegang wajah abi seolah-olah mengusap. Amboi, manja sungguh Iman Damia. Abi asyik mengulang2 kata sayangnya dia pada Nur Iman Damia. Ummi memerhati sahaja dalam gelap.

Ikhlas~
Persamaan, ketinggian, alis mata lentik, kulit yang halus...
kuikuikui

Kamu berdua harta Ummi paling berharga. kerana apa.....
kerana dirimu begitu berharga~~~ ('_')