Wednesday, December 29, 2010

SOLEH/SOLEHAH?**DIDIK SEBELUM 2TAHUN**

Assalamualaikum~~(Nada Dr. Izzy)

Ummi dah lama nak story fasal Abi dan Iman Damia. Tapi nanti lah, jika diberikan ruang dan masa yang lebih. Ummi tengok juga bola sepak tadi, cuma tak la melangut sangat sebab Ummi terkejar2 dengan Iman Damia, lepas tu nak makan. basuh itu ini...

Iman Damia si jantung hati kurang sihat dalam seminggu ni. Hari ni Alhamdulillah demam dah kebah. Semalam Ummi terpaksa amik unpaid leave (akhirnya) kerana anak Ummi ni tak sihat. Sedihnya bila tengok Iman Damia sakit2. Ummi rela Ummi yang sakit daripada tengok Iman Damia macam tu. Orang kata Iman Damia nak berubah bulan. Hmm, ikutkan memang lah akan masuk 5bulan...tapi bukan bulan ni, tahun depan (2011).

Takkan tiap2 bulan kena demam? Kesian lah kalau macam tu. Ada masa dalam sakit2, Iman Damia akan gembira, ada masa meragam, aduhai. Ummi kadang2 rasa hilang sabar juga, tetapi Ummi tidak akan sekali-kali marah pada Nur Iman Damia sayang. Ummi tak nak anak Ummi membesar dengan cara begitu.
Ummi ada beli satu ebook RahsiaAnakSoleh.com , jika kita nak membentuk anak menjadi anak solehah, perlu dilakukan SEBELUM usia 2tahun. Jika anak sudah berusia 2 tahun ke atas, penulis ebook tersebut menyarankan untuk menunggu anak kedua. Betul atau tidak, wallahualam. Tetapi pasti penulis tersebut mempunyai sebab mengapa beliau berani mengeluarkan kenyataan tersebut. Itulah yang sedang Ummi dan Abi usahakan jika mendapat izin Allah. Ibu bapa mana yang tidak mahu anaknya warak beragama.

Sememangnya banyak ilmu dan tips yang Ummi dapat dengan membaca ebook tersebut. Ada juga ebook PERCUMA yang boleh ummi dapat semasa masuk web tu. seronok.
Ummi harap, Ummi akan ada masa untuk berkongsi tentang ebook tersebut RahsiaAnakSoleh.com kepada kawan-kawan yang lain.

Ok lah, gtg. Ummi nak tito dahulu. Sebelum tidur, senyum dan fikirkan apakah amalan dan ibadah kita hari ini? Adakah Allah redho dengan setiap langkah kita?

Renung2kan dannn..Slamat BeramaLL~~~


No comments: