Saturday, December 25, 2010

Si Manja Abi

Assalamualaikum...
Hari masih yang sama, cuma bertukar post sahaja. Iman Damia bangun sekejap tadi. Ummi tukarkan lampin pakai buangnya, ala, kencing sikit je. tapi takpe. Iman Damia memang suka air. Xde hal bangun 2 3 pagi untuk tukarkan lampin.

Ummi tidak membuang masa, Ummi sediakan ubat2nya untuk diberi kepada Iman Damia. Ummi dari pagi tadi, Ummi akan ketuk picagari pada cawan sebagai signal kepada Iman Damia untuk makan ubat. Pagi dan Tengahari Ummi buat perkara yang sama, bila petang...Ummi ketuk je picagari di cawan, Iman Damia dah gelisah dan tak mahu baring diriba Ummi. Ummi dah agak dah. Budak cerdik ni memang cepat tangkap. Tadi, Iman Damia masih baring2 di karpet tukar lampinnya, Ummi dah ketuk cawan. Onthespot Iman Damia gelisah. Muka dah tegang, Ummi angkat je meronta2. Sah, Iman Damia tahu dia akan diberi ubat.

Ummi riba Iman Damia, meronta lebih kuat. Alahai sayangku, rontaan mu tidak bisa melonggarkan pelukan Ummi. Ummi bagi makan Ubat. Alhamdulillah, berjaya ditelan walaupun Iman Damia berkumur2. Bila ummi follow forum, ubat2 yang Ummi bagi pada Iman Damia tu dikatakan sedap. Kenapa Iman Damia tak suka? Ikut perangai Ummi xsuka ubat kah? Kalau zaman nakal dulu, Ummi pernah bagi ubat Ummi pada auntie Azreen suruh dia telan. Yang lucu, dia telan ubat gastrik Ummi. Itulah sahabat baik Ummi sewaktu di Menengah dahulu. Kalau Ummi nak bagi makan ubat dan Abi ada, mesti Abi bersila tengok Ummi bagi Iman Damia makan ubat.
Abi yang hensem(hihi) & Iman Damia
Abi(yang lucu) & Iman Damia (sweet)
Abi & Iman Damia
Abi & Iman Damia (Nakal)
Abi & Iman Damia

Iman Damia manja dengan Abi. Bila time tidur, Iman Damia merengek2 tak nak tidur, Abi akan pasangkan surah Fatihah dan Yaasin. Dengan Ummi mulut Iman Damia potpet2. Dengar je suara Abi, Iman Damia mula diam. Tangan halusnya akan memegang wajah abi seolah-olah mengusap. Amboi, manja sungguh Iman Damia. Abi asyik mengulang2 kata sayangnya dia pada Nur Iman Damia. Ummi memerhati sahaja dalam gelap.

Ikhlas~
Persamaan, ketinggian, alis mata lentik, kulit yang halus...
kuikuikui

Kamu berdua harta Ummi paling berharga. kerana apa.....
kerana dirimu begitu berharga~~~ ('_')

No comments: