Sunday, April 10, 2011

BETRABUR-TRABUR KARANGAN

....yewww, no candid pliz....

Assalamualaikum...

Lama juga tak posting apa-apa di wall kesayangan Ummi Mia ni. Ummi bukannya banyak sangat masa free sekarang ni. Dengan Iman Damia yang semakin lasak dan petah (abubu...dhi dhi dhi..gugugu...), Ummi selalu tak faham bahasa Iman Damia. Eh, bukan selalu tetapi memang tak faham langsung, haha. Ummi cuma faham bahasa tubuh Mia je. Kalau dah genyeh2 mata, mulut bising2, maknanya nak susu @ tido @ tukar lampin. Macam mana Ummi tahu yang mana satu Mia mahu, Hmmm...Ummi pun tak tahu macam mana nak explain, mother instinct kot.

Genap sudah Iman Damia berusia 8bulan. Seronok dan makin interesting sebab Mia dah pandai merangkak, meniarap, memanjat, duduk sendiri. Pendek kata, rasa senang sikit lah bila nak bagi Iman Damia makan, tak perlu nak meriba sangat. Cuma, adakala bila bagi Iman makan sambil dia menungging tu yang Ummi geram. Mana tidaknya, bila Ummi siapkan makan, bukan main seronok dia merangkak dekat Ummi. Tapi bila sampai sahaja, terus menungging buat bentuk V, muka tersengih2 sambil nganga. Ai, anak dara Ummi ni. Tapi tak lama lah, Iman Damia pun tahu penat. Saja lah tu nak tunjuk boleh beraksi depan Ummi. Nak tunjuk kat Ummi dia pandai nungging. Kalau Ummi baring, golek2 depan TV(xsmestinya pasang), bila Iman Damia nak something, mesti datang panjat. Surprising, Ummi tengok Iman Damia boleh berdiri bila dia panjat Abi. Comelnya, macam mana lah kalau Iman Damia boleh berjalan, pandai bercakap, hm..

Bukan itu sahaja, sekarang ni dah bertambah seorang pembantu....pembantu menyepahkan rumah. Siapa lagi kalau bukan si kecil ni. Siap ada port sendiri nak sepah benda. Ummi memang pening dan geram, tapi Ummi biarkan sahaja Iman Damia sepahkan barang. Bagi dia explore benda2 yang menggeramkan dia. Kemudian Ummi ajak dia kemas sama2. Just make sure benda yang Iman Damia main ni takkan mencederakan dan membahayakan.

No latest picture for this entry sebab Ummi tertinggal kamera dalam kereta Abi. Esok baru amik, tapi xpromise akan ada entry terbaru esok lusa tulat tubing nungging (peribahasa ganu..hihihi).

Tukar story, petang tadi tubik g somewhere. Pastu, gi umah Cik Gie, jumpa Anas & Kak Shasha kemudian mandi dlm pool yang best tiga kanak2 riang ni. Sangat kelakar, sebab Iman Damia pinjam baju mandi Shasha masa baby, dan agak fit dengan bushuk Ummi ni. Ummi lupa nak snap picture, tapi kalau snap pun Ummi xkan letak dalam blog ni kecuali dengan bersyarat. Hihihi... Ummi mesti ada reason kenapa, tapi biarlah Ummi xmention.

Anas sangat sporting sekarang ni, Ummi dah boleh peluk2 dia macam dulu2 masa Anas baby. Best sangat sebab Anas sangat manja. Hihihi, Kakak Shasha pula demam, panas je badan dia. Lepas mandi kolam, demam balik. Aduhai, minum susu pun xhabis kakak. Tapi yang bagusnya, tak banyak ragam makan ubat. Xmacam Iman Damia, ketuk picagari dah bising2. Cepat sembuh ye kakak sayang. Ummi xbest tengok anak2 xbermaya bila xsihat, kesian sangat.

Oklah, times out. Good nite evryone~

No comments: