Tuesday, April 12, 2011

Risaunya Ummi dan Abi


**Risau**

Assalamualaikum...

Hello dears. Banyak perkara Ummi nak share tapi satu-satu lah ye. Mana yang sempat lah selagi tak dipanggil Iman Damia yang sedap tidur.

Semalam, 11.04.11, Ummi ambil Iman Damia dari rumah ibu then ibu beritahu Iman Damia macam nak demam sbb badan panas semacam. Owh, perkara Ummi nak elak berlaku juga. Tak mengapalah, penyakit dari Allah nak uji kesabaran kita semua.

So, balik rumah tu sempatlah beri Iman Damia ubat demam. Surprising, Iman Damia makan ubat tanpa ragam. Siap macam mengunyah je ummi tengok. Agaknya tengok Kak Shasha makan ubat demam Ahad bebaru ni jadi inspirasi untuk Iman Damia agaknya(hihihi). Masa Ummi ambil suhu badan Iman Damia, cecah 38.7 celsius. Terkejut juga Ummi sebab agak tinggi suhu Damia. Mia pun meragam jugalah. Ummi terus tanggalkan baju bagi Iman Damia selesa, tak lama tu Mia tertidur tanpa baju.

Ummi online semalam, tapi Ummi tak ada di laptop pun, banyak duduk sebelah Damia sambil lap-lap badan anakanda yang panas dan kepala. Letak Kool Fever, ditarik pula oleh tangan comel tu. Simpan lah balik Ummi ni sebab takkan nak dibuang, baru pakai seminit dua. Sedih lah bila anak yang lincah tiba-tiba lembik je.

Pukul 2:30 pagi Iman Damia merengek-rengek. Dengan mengantuk Ummi gagahkan jua bangun dari pembaringan bawa Iman Damia keluar dari bilik. Panas sungguh punggung Damia. Ummi cepat2 salin lampin yang Mia pakai padahal baru pukul 12 tukar. Lama Ummi bagi Iman Damia tanpa pakaian, hanya pakai lampin je. Mana tidaknya, badan panas sungguh. Bila ambil suhu, cecah 39.2, kecut perut Ummi. Tak boleh jadi ni. Ummi tahu Abi letih dan mengantuk tapi nak buat macam mana. Ummi memang tak sanggup tengok Damia menangis2 tak selesa. Ummi pun bimbang juga, kemudian pukul 3:30 barulah kami tiga beranak keluar dari rumah. Ummi memang dah siapkan semua perkara takut2 Iman Damia kena tahan di wad.

Kami merancang nak cari Klinik 24hrs je, tapi tak tahu kat mana nak tuju. Alih2, ke Hospital Annur sebab dah biasa ke situ. Sepanjang perjalanan Iman Damia tidur. Memang kaki tidur dlm kereta macam Ummi. Lupa pula nama Doktor yang merawat Iman Damia. Tapi memang suhu badan Iman Damia tinggi, doktor kata punggung Damia panas. Magik sungguh, memang doktor ni pandai sebab memang punggung Iman Damia sangatlah panas. Dia langsung xpegang Damia tapi apa yang dia sebut semua betul. Xmacam sesetengah doktor yang Ummi pernah jumpa. Katanya Damia demam kerana tekak merah2. Oh, yeke. Ummi pun tak faham apa kena mengena tu semua tapi Iman Damia di masukkan ubat melalui punggungnya.

Ada beberapa ubat yang dibekalkan termasuk antibiotik. Tapi Ummi dan Abi decide untuk tidak memberikannya pada Iman Damia lagi. Kami nak pantau keadaan Damia dahulu. Bukan niat nak jadi lebih pandai dari doktor tapi Ummi dan Abi ada study fasal ubat-ubat pada bayi, kalau antibiotik memang kena bagi betul2. Masalahnya Ummi dan Abi bukan 24hrs pantau Iman Damia dan Ummi bimbang kalau ter miss bagi antibiotik. Tapi, kalau demam Mia xkebah-kebah baru Ummi akan bagi.

Bila time untuk pergi kerja, Abi decide tak pergi kerja sebab nak jaga Damia. Terharu Ummi, tapi Ummi memang nak pergi kerja. Tengah siap-siap pakai tudung, Iman Damia merangkak2 ke arah Ummi. abi ambil pun Damia tak mahu. Damia pantang tengok Ummi pakai tudung, excited lebih. Tahu sangatlah anakanda ni Ummi nak keluar. Bila Ummi nak pass pada Abi, Iman Damia menangis2 xmahu. Lagilah berat Ummi nak keluar. Menangis lah Ummi dibuatnya, sedih sebab Damia sakit2 Ummi tak jaga. Tapi Ummi percaya Abi boleh jaga, cuma agak was2 Abi boleh ke masakkan bubur anak. Erat sungguh si kecil ni peluk Ummi, xnak lepas Ummi langsung. Macam manalah Ummi tak sayang, manja dengan Ummi bukan main. Fe'el dengan Ummi pun bukan main. Dengan Abi tak tunjuk langsung fe'el dia, dengan Ummi, macam-macam Damia tunjuk. Kadang-kadang tu tak sabar dibuatnya, tapi Ummi sayang.

Pendek cerita, Ummi balik rumah pukul satu, Iman Damia tidur. Pandai Abi jaga Damia tapi betul instinct Ummi, memang Abi tak buat bubur Damia. Takut tak jadi. Hihihi, terima kasih Abi sebab tengokkan Iman Damia. Sepanjang Ummi di Ofis, memang kerja msg dan bagi pesanan & tips2 jaga Damia. Baguslah Abi Damia. Ummi ambil alih tugas sementara Abi dan jaga Damia sampai sekarang. Hoyee...Suhu Iman Damia dah turun, Ummi rasa Damia dah tak demam.

Doakan Iman Damia tak diserang demam panas lagi ya. Agar buah hati Ummi ni menceriakan suasana.
**nganga**
**nganga lagi**
**bonus (nganga&mata besar)**
Doakan Iman Damia sihat hendaknya.
Ameen~

No comments: