Saturday, April 23, 2011

SURIRUMAH: FULLTIME vs PART-TIME

ASSALAMUALAIKUM..

Wah, sempat lagi Ummi berblogging hari ini. Huuhuhu... Macam banyak masa sahaja. Seperti biasa, sebagai seorang isteri, ummi kepada seorang puteri yang bekerjaya sudah tentu masa yang diluangkan kepada anak tidak sama seperti seorang suri rumah sepenuh masa. Maknanya, Ummi ni boleh lah dikategorikan sebagai surirumah separuh masa. Boleh?

Ummi memang menyanjung tinggi pengorbanan surirumah sepenuh masa yang mengorbankan cita-cita demi suami dan anak-anak. Golongan inilah penyumbang kepada kecemerlangan anak-anak. Setiap wanita bekerjaya yang sudah bekeluarga seharusnya punya cita-cita untuk menjadi surirumah sepenuh masa. Ini kerjaya yang tertua di dunia dan paling mulia. Sebagai seorang anak yang membesar dengan ibu sepenuhnya, dan melihat Iman Damia membesar tidak sepenuhnya bersama Ummi, sudah tentu ada perasaan belas kasihan setiap kali menghantar anak sendiri kepada orang lain untuk diasuh. Kecil-kecil lagi sudah di ajar berdikari. Lebih kurang 4-5 bulan juga Iman Damia ambil masa untuk sesuaikan diri dan berhenti mengangis di rumah pengasuh.

Setiap ibu bapa ada harapan yang tinggi untuk anak-anak, tidak terkecuali Ummi dan Abi. Ummi dan Abi ada target sendiri untuk pembentukkan sahsiah anak. Sudah tentu ibu-bapa lain juga punya cita-cita untuk anak masing-masing. Ummi dan Abi hanya menggunakan masa yang ada untuk belajar dan mengajar Iman Damia apa yang termampu. Ini baru untuk anak seorang, belum lagi yang akan datang, inshaAllah.

Menjadi wanita bekerjaya, bab jaga anak akan dirasakan ringan. Mana tidaknya, bangun pagi, tukarkan lampin, siapkan makanan anak, kemas-kemas sikit, terus hantar anak ke rumah pengasuh. Jumpa balik pukul 6ptg. Pergi kerja kadang-kadang teringat anak, lepas tu ralit dengan kerja. Sampai bila? Kalau persekitaran anak-anak membesar adalah baik, Alhamdulillah. Macam Iman Damia, syukur Alhamdulillah. Tapi kalau tersilap pilih pengasuh, anak-anak disajikan dengan perkara yang tidak baik bagaimana? Penderaan dan macam-macam. Nauzubillahiminzaalik. Abi asyik bertanya bila Ummi nak pegang kerjaya tersebut. Sejak Damia 3 bulan, sampai sekarang Ummi masih belum bagi jawapan. Maafkan Ummi, Ummi masih mahu membantu Abi selagi Ummi diizinkan bekerja di luar rumah.

No comments: