Tuesday, April 12, 2011

Once Upon a Time at Jelebu


Tara, masakan Abi* Talapia Sweet Sour

Assalamualikum...

Mungkin post ni agak terlewat memandangkan kami ke Jelebu dua minggu lepas. Tapi masih boleh post. Tanggal 3.4.11, Ummi, Abi dan Mia ke Jelebu, N.9 memandangkan ada aktiviti bersama komuniti kami. Kebetulan Nek Ma dan Pak Cu datang bercuti mengejut ke sini sebab rindukan Iman Damia, jadi kami angkut sekali lah.

Kali ni lawatan ke kolam ikan talapia. Owh, enak bangat. Ummi tak ada gambar-gambar makanan masa kami sampai di Jelebu tempohari. Nenek Nureen Aliya masak, marveles, superb. Abi makan banyak tak ingat. Yang lain-lain juga dapat merasa ikan talapia segar. Cuma Nek Ma tak makan sebab dia takleh gi ngan ikan darat. Ummi belajar dengan Abi makan ikan darat walaupun pada mula-mula dulu Ummi mual dan muntah balik kalau makan siakap, keli. Tu zaman anak dara lah.

Sekarang pun ada masa mual juga tapi masih boleh gi. hihi. Masa datang dahulu tanpa komuniti besar, Nenek Nureen Aliya hidangkan ikan talapia kukus. Kukus semata2 tanpa apa2 perasa. MasyaAllah sedap bukan main. Menambat selera sambil cicah cili potong. Selepas pulang dari Jelebu, Abi order ikan talapia dan haruan. Order macam rumah ni ada sepuluh orang.

Abi mengidam nak makan ikan talapia kukus lagi. Rumah kami tak ada kukusan. Kami perah idea macam mana nak kukus ikan ni. Akhirnya dengan kombinasi idea kami, berjaya juga masak seperti dibawah. Jangan tak tahu Iman Damia pun makan. HEntam sajalah labu, sedap menjilat jari~


Amacam, ada bau tak? Manis isinya~

Sepatutnya Pak Chik Bazli ikut sekali masa nak ke Jelebu, tapi sekali kerja daa. Tak apalah. Lain kali lah ye kita outing sesama.
*Mia manja dengan Pak Chik*

Ummi curi-curi snap, Mia nampak terus nak posing~

Haa, Ammar dikerumuni gadis-gadis.
Iman Damia di dukung Iman Zafrin (betul ke ejaan) hihihi

Meragam nak amik kamera dengan Ummi

Sementara menunggu Iya bangun, Ummi snap-snap lah

Ummi snap dari jauh sebab Iman Damia dah tidur. Ummi nak ke sana tapi Abi tak bagi, suruh duduk dalam kereta. Jelesss

Lama menunggu di dalam kereta akhirnya Iman Damia bangun. Ummi pun tanpa membuang masa terus keluar beerjalan-jalan di tepi kolam. Maha Suci Allah, tiba sahaja Ummi dan MIa di tepi kolam, beribu-ribu ikan talapia datang menghampiri kami. Naik geli juga Ummi dibuatnya tengok banyak sangat ikan. Kata Abi, memang time makan utk ikan. Reti base gop ikang ni rupenye jadual makang die.



Love

Seterusnya, aktiviti ditepi kolam di jalankan. Masing-masing nak try tangkap ikan termasuk Abi.






Pak Chu yang boshan

Kami sudah mahu pulang~

Akhir kata, besar cita-cita ini. Moga Allah permudahkan perjalanan mereka dan moga Allah berkati dan redha rezeki kami ini, semoga dgn rezeki tersebut dapat kami semua manfaatkan demi keselamatan dunia dan akhirat.

Wallahualam.

Ummi dah pening a.k.a mengantuk. Mohon maaf andai posting ni ada terkurang letak gambar dan kurang pengisian berita. Moga ketemu di lain hari. Ma'assalaamah~

No comments: