Saturday, April 23, 2011

TISU--CUTTON BUD--SMACKDOWN




**** Anakku Sayang ****

Iman Damia sangatlah lasak sekarang, Ummi rasa-rasa lah, bulan depan dah boleh bertatih budak comel ni. Mana tidaknya, berpaut pada almari untuk berdiri, berpaut pada peti, pada dinding, pintu….semua untuk berdiri. Ummi dan Abi lah juga yang bergilir-gilir mengejar bimbang Iman Damia terhantuk. Damia suka angguk2kan kepala bila dia berjaya berdiri, kalau ke dinding alamatnya menangislah selepas tu. Itu yang tak boleh lepa walau sesaat. Iman Damia sepahkan buku, surat khabar, kotak, Ummi dan abi biarkan. Cuma jangan sampai ke mulut dan tidak mendatangkan mara bahaya…hihihi. Paling tak tahan. Mia suka tisu. Pantang jumpa tisu, dia tarik satu persatu dengan jari2 comelnya macam nk menari tarian asli, bila Ummi ambil tisu yg tersebut itu, Iman Damia akan mencapai sehelai tisu dan mula mencarik2kan tisu sikit2 smpai habis, sampai dah tak boleh carikkan tisu... Mana belajarrr niii?????

Macam pagi tadi, Ummi pelik juga kenapa Iman Damia senyap je dari belakang. Apa yang Mia buat? Ingatkan Damia main-main dengan plastik pet2 yang besar gedabak tu, RUPA2NYA, main cotton bud. Mmg ralit sangatlah, smpai Damia tersentak sebab Ummi pun tersentak tgk Mia main cotton bud. Mujur cotton bud tu masih suci. Kalau dah berkaler-kaler...maunya menjerit2...Hahaha... Mia owh MIa.


Hmmmmmmmmmmm

OMG..ini kerja kamu yee
Pura-pura wat dop auu ee...
Ummi dah kemas, masukkan balik cotton bud dlm plastik, Ummi letak atas riba, Ummi terleka
memandang TV, tiba-tiba jadi begini... Tengok, ada riak minta belas,
"Ummi, no angry-angry...No good for adik~"
Iyooolaaaa...

Ok, oleh sebab Mia buat muka comel dengan mata bulat, Ummi maafkan.
Cuma kalau boleh jangan sepah-sepah boleh?

**** Misi Mia Menyelamatkan Abi dari di SMACK DOWN ****

Baru-baru ni, sedang Iman Damia leka bermain kertas, Ummi pula mahu bersolat. Lepas tu sajalah mahu bergurau dengan Abi, kemudian Iman Damia menjerit-jerit dan meluru (merangkak) kearah kami. Ummi dan Abi tergamam, apa kena si comel ni? Ummi pun tetiba entah apa merasuk, konon-konon berlakon nak buat smack down kat abi, yang Abi plak melayan siap terteleng2 dan menjerit sakit, (pandai juga berlakon rupanya). Iman Damia yang dah leka balik tadi menjerit-jerit lagi, kali ni Abi siap berlakon jatuh lagi. Ummi ‘hentam’ Abi dan ‘pukul2’, Iman Damia panjat kat Ummi dan ‘pukul2’ tak bagi Ummi buat Abi lagi. Biar betul ni. Macam tak percaya Iman Damia protect Abi. Siri lakonan tersebut dihentikan seketika sebab Ummi pecah perut ketawa dengan keletah puteri manja Ummi.

Cuma, yang geramnya, kalau Abi pura-pura pukul Ummi, Iman Damia menjerit juga, tapi tak datang selamatkan Ummi pun. Apa ni… Ke Abi nampak macam tak pukul Ummi atau Ummi yg tak pandai berlakon. Hahaha… Tapi ni tak boleh ajar kat Iman Damia, nanti mendatangkan fobia atau jadi ingatan buat anak Ummi yang kononnya Abi pnh pukul Ummi atau Ummi pernah pukul Abi. Noooo Goooooddd… Tapi seronok tengok cara Iman Damia protect Abi. Garang betul, besttttt! Nanti boleh lah Ummi harapkan Mia jaga adik nnt kalau Ummi tak ada.

Mia dah tunjukkan ciri-ciri defender tu. Tapi jangan suka pukul-pukul sudah. Setakat ni Ummi dan pengasuh Iman Damia perhatikan, Damia tak pukul-pukul. Cuma garang je. Hihihi… Abi Garang. Nanti dengan adik Mia tak perlu lah garang-garang. Adik kena sayang tau... Sayang muah-muah~

Lagi satu, Ummi suka Mia duduk baik-baik dengan Abi bila Abi solat. Hihihi, apa lagi, cepat2 la curi snap cam biasa. Assignment katekan~

Lama Ummi tenung, apekebenda la barang yang Mia pegang...
Jam rupanya~

***EnD***

3 comments:

ShidaGhazali said...

no good for adik???
sdh ku duga...lalalala

btw... word verification ni tlg remove blh..spoil mood aku nk mengomen bila kna msk WV ni..huhu
cadangan je nihh

Dian_AdeeLa said...

Acu ajor skit ke aku yang kurang ilmu ni...
Aku dop panda arrr~ Hahahaha

ShidaGhazali said...

tobak pun nebeng mu dila...
g la kt dashboard, then ada kan bahagian comment...
jgn pilih nyior komeng lok, x jupe ah ceroh la wei...

pastu unclick kt word verification tu... pndai2 la mu godek sdri..mu pndai dr aku kang..aku x bijop..



sentap mak..kna melalui word verify ni lagik...