Tuesday, January 4, 2011

Part 2: Nogori Somilan (End) 01.01.11


Assalamualaikum...
Sobolum Ummi teruskan celoteh Ummi nak story mory fasal aktiviti 1.1.11 bebaru ni, Ummi nak tanyo kek pombaco... Ado sapo-sapo yang geram dengan pipi budak ni dak?



Sapo kato Ummi dengan Ibu tak letih... Lotih tau~
Tapi tetap boleh bagi senyuman menawan...hikhik...

Suka tengok Ammar Zafran jalan diiringi Ayah
Bergilir-gilir lah Ibu dengan Ayah jaga Ammar. Al-maklum, orang dah dapat kaki.
Macam mana lah Iman Damia kalau dapat kaki nanti.
Jakkoh panjang arr bak kata orang Ganu.

Ha, sebelum Ummi melanjutkan bicara tentang persinggahan di rumah auntie Talha, ada satu kisah benar yang Ummi nak share. Tak sabar nak story dari hari tu lagi.
Si Iman Damia ni dah pandai garang-garang. Baru nak masuk 5bulan dah pandai marah orang. Sabar je lah Ummi tgk anak dara Ummi ni.
Keletah si cilik berdua ni membuatkan Ummi, Abi, Ibu, Ayah, dan auntie2 n uncle2 yang ada di tempat kejadian ketawa sakan.
Biasalah saja nak kawan-kawankan Iman Damia dan Ummar Zafran, suruhlah Ammar cium adik. Sekali si anak dara dengan nyaring menjerit-jerit marah. Aaaaaaaaaaaa.... Aaaaaaaaaaaaaaaaa..

Si Teruna pula apalagi, makin dimarah makin seronok lah mencuit-cuit. Hihihi, lucu sangat-sangat. Ummi pula lupa nak buat video, kalau tak dah boleh tunjuk da. Auntie2 lain pun tak terfikir nak buat video. Mula-mula ingat biasa-biasa saja, tetapi makin Ammar cuit, makin nyaring vokalnya. Aduhai anakandaku...
Bulat mata Iman Damia. Tengok, Abang Ammar bukan buat apa pun, touch2 sikit je. Masing-masing yang ada disitu buat spekulasi masing-masing. Haram laki-laki touch perempuan bukan muhrim. Itu yang buat Iman Damia melenting tu. Siap tolak Abang Ammar lagi. Abang Ammar nak kawan lah sayang.
Bersungguh benar Iman Damia menjerit-jerit. Abang Ammar cool je.

Huh, siap kembang kempis hidung nak marah punya fasal.
Buat lawak sungguh.
Tapi kalau dah akil baligh nanti.
Perempuan dan Lelaki bukan muhrim tak boleh bersentuhan. Haram disisi Allah.

Semasa di dalam kereta otw ke rumah auntie Talha, Abi cakap pada Ummi. "Tengoklah Iman Damia garang, ikut perangai siapa?"
Ummi mengetap bibir. No Comment.

Di kawasan lapang rumah Auntie Talha
Tak sempat snap banyak gambar di rumah Auntie Talha, sebab tak lama tu terus ke rumah Nureen Aliya. Kawan baru Ammar Zafran dan Nur Iman Damia.

Bapa kedua-dua pihak

Ummi sebenarnya dengan ini sangatlah malu makan dengan abi tetapi mengenangkan lapar sangat, buang tepi dulu. Terpaksalah, nak bergilir-gilir memangku anakanda tersayang.

Akhirnya sampai juga kita semua di rumah yang dituju.
Ammar Zafran nak main-main, Iman Damia tertidur atas Ummi, Nureen Aliya pun sedap tidur atas Umminya juga.
Nanti akan muncul yang ke4 dalam beberapa bulan lagi. Ummi tumpang gembira. Sebab itulah Ummi semakin berisi dan berisi~
Wajah-wajah seorang Ibu
Aii, kesian Iman Damia kena usik dengan Abi dekat Kolam ikan Puyu.
Inilah gambar terakhir yang berjaya di snap Ummi, kemudian camera terus menggelapkan diri. Tekanan-tekanan.

Macam-macam pengalaman Ummi dapat sepanjang 1 hari yang panjang di N.9. Pendek kata, seronok sungguh rasanya dengan ukhwah yang terbina hampir 3tahun ini dengan rakan-rakan seperjuangan. Moga Allah beri rahmatnya pada kita semua.
Summary: Point nya nak berkenalan dengan Nureen Aliya, tapi macam-macam pengalaman rupanya yang dapat dikongsikan~~~
  • Peluang melawat Muzium Adat
  • Dapat dengar loghatnya yang sangat sedap didengar
  • Udara yang bersih
  • Ibu Talha dan Ibu Farisah yang sangat ramah
  • Tazkirah pendek tentang tanggung jawab menjaga anak oleh habib Nain
  • Keletah Iman Damia dengan abang Ammar Zafran
  • Semua best

P/S: Tunggu Iman Damia besar sikit lagi baru selesa berjalan jauh gamaknya. Hihihi.

2 comments:

zulqarnain Ghaz said...

Assalam...baguslah ade blog ni...truskan karya anda...

Dian_AdeeLa said...

Wslm...Hihihi...tme kasih Bib Nain... InsyaAllah...