Thursday, January 13, 2011

Macam-Macam Cerita


Assalamualaikum...

Beberapa hari Ummi tak aktif berblogging. Ummi penat sangat. Cepat mengantuk dan letih skang ni. Ini pun sebenarnya dah nak tidur. Tapi sempat lagi buka internet kendian berblog selepas:
  • Masak
  • Bagi Iman Damia minum susu
  • Bagi Iman Damia tidur
  • Tertidur sama tapi terjaga dari lena beberapa saat kemudian...hihihi
  • Solat
  • Basuh baju
  • Basuh pinggan mangkuk ayun segala macam
  • Simpan baju Iman Damia dalam beg
  • Masak bubur Iman Damia, simpan dlm freezer utk Ummi masak lagi esoknye
Hahaha, macam sibuk sangat je, sebenarnya biasa2 je. Cuma campur dengan balik kerja, boleh tahan la juga...
Ummi sebenarnya tadi nak mengedit2 kandungan blog, main pulak dengan edit2 HTML, seronok memang seronok, enjoy tapi kalau dah sampai sakit2 kepala memang tak dapek nak nolong dah. Ummi siap study cara nak mengedit layout guna HTML. Ganahhhh...Sampai sakit2 brain lah kalau orang Terengganu cakap. Siap rasa lapar lagi sekarang ni. Kalau lah Abi balik meeting jap lagi bawa balik burger depan Seven Eleven tu bahagianya..Ngeeee...Berangan ajelah.

Iman Damia:
  • Sihat
  • Kurang tidur siang, pengasuhnya bising juga. Tapi nak buat macam mana...
  • Pandai meniarap, tak pandai lagi pusing balik
  • Kuat ketawa
  • Manis bila tersenyum...nampak gusi yg sihat
  • Dah pandai makan
  • Suka cubit Ummi
  • Meragam sikit bila nak tidur
  • Sangat bersopan santun bila duduk dengan Abi....tak aci...!!
  • Nak Ummi peluk, usap kepala, cium2, Nyanyi.."Laailaha illallah..Muhammadur Rasulullah.."
  • Tidur nyenyak diwaktu , malam...Cuma lambat tidur laa
  • Akan seronok bila Ummi nyanyi lagu Old McDonald...Meh Ummi share lyric dia...
"Old McDonald had a farm... e.i.e.i..o
And on his farm his got some cow...e.i.e.i.o
with a moo moo here...A moo moo there
A moo here... A moo there... Everywhere a moo moo
Old McDonald had a farm... e.i.e.i.o"

Bukan setakat Cow...Chick, Goat, Duck...Mmg Iman Damia akan bertepuk2 tangan kemudian akan gerak2 mulut dia seolah2 nak menyanyi sama. Hai, baru 5 bulan sayang ooi...

Seronok bila tengok Iman Damia tidur. Eh, jangan salah faham. Bukan sebab Ummi tidak diganggu Iman Damia, tapi sebab Iman Damia nampak comel sangat bila tidur. Kadang2 (selalu sebnarnya) sampai ternganga tidur. Tengoklah pula macam mana Abi tidur...hihiiihi...Sedap mengata Abi, padahal Ummi pun two times five jugeee.

Erm, kat atas tu Ummi letak pictures ni. Kenapa agaknya?
Ummi cuma nak beritahu betapa hebatnya kuasa Allah. Bayi yang baru lahir ni akan sentiasa berubah wajahnya. Tidak lah ketara, tetapi memang akan nampak kelainannya. InshaAllah, kalau ada masa Ummi upload pictures Iman Damia from day first, 2nd, 3rd, 4th and 5th...

After a few months Iman Damia di dunia
Second Day...Our First Meet.
Tengok belakang Iman Damia, Ummi still pakai baju biru, baju semasa operation.
Kalau tidak, pakaian kaler kuning tua...nice...
Masa ni Ummi nak angkat Iman Damia pun tak boleh, tak larat lagi~
btw, Ummi and Abi Loves Mia so Much dear...

P/S: Sayang Allah, Sayang Nabi, Sayang Ummi n Abi, Sayang semuanya...



No comments: