Saturday, January 8, 2011

Iman Damia RADIX

Assalamualaikum...
Kembali lagi Ummi Iman Damia dengan cerita ceritut yang tak pernah habis~ Hihihi, Tajuk hari ini agak hangat daripada biasa~
Huhu, pelik kah? Kenapa Ummi post tajuk macam ni? Iman Damia, sewaktu Ummi mengandungkan kamu, inilah minuman yang Ummi amalkan atas nasihat Hj Marjuni. Minuman Kopi Radix, keluaran HPA. Sebelum ni Cik Gie dengan Cik Ma ada beritahu tentang kopi Radix ni elok diminum oleh wanita hamil mcm Ummi(dulu la). Ummi minumlah sebulan dua, lepas tu berhenti.

Kemudian, masuk bulan ke 7 dan ke atas, baru Ummi start minum balik selepas Abi dan shodiqot masuk join ahli HPA. Dapat jumpa Haji Marjuni dan isteri. Berkongsi cerita dan kehebatan produk herba keluaran HPA. Yang paling penting, tentang semangat juang menghasilkan produk HALAL tanpa waswas. Setiap produk yang dihasilkan oleh mereka2 yang dididik supaya solat Dhuha setiap hari, khatam AQ setiap bulan, berzikir setiap kali menghasilkan produk dan banyak lagi kegiatan agama yang selalu ada. Tiada istilah tidak cukup masa. Malahan, setiap hasil dikawal ketat supaya terjamin status halalnya.
Majikannya MasyaAllah, bertuahnya badan. Sejuk rasa hati Ummi mendengarnya. Itulah yang kita mahu cari. Ummi pun teringin dengan suasana seperti itu dari dahulu. Bila lah agaknya dapat merasa? Hmm, apalah Ummi ni. Buat semua tu bukan nak kena tunggu orang ketuk, baru nak bergerak. Diri sendiri lah yang kena bertindak. Nak beramal ibadah bukan depan orang, kena tunjuk-tunjuk. Tetapi konsep yang Hj Ismail terapkan memang bagus. Menggalakkan org beribadah. Yang paling penting, para pekerja yang dipilih itu tak boleh ambil sebarangan. Seronoklah macam tu. Setakat ni, para pekerja wanita yang Ummi jumpa di stokis atau cawangan HPA semua bertudung labuh ke dada. I like very much. Kalau pakai niqab pun best, Ummi teringin pakai juga. Tapi niqab tak jatuh wajib~

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

Continue cerita RADiX. Dikatakan kopi Radix ni pun bagus utk badan sbg kalsium, tenaga. Ummi makan semua, kalsium, Obimin, Radix. Alhamdulillah, masa hari ke 5 Iman Damia di dunia fana ni, Nek Ma nak mandikan Damia, Nek Ma menjerit dari bilik air sebab terkejut Iman Damia berdiri keras guna kaki sendiri. Nek Ma panggil Ummi suruh datang tengok.

"Kak Long, kau tengok anak engkau ni berdiri ni! Bertuah sungguh baru lima hari..."
Ummi masa tu senyum saja. Ummi tak hairan sebab Ummi dah dengar banyak cerita fasal baby akan 'kuat' kalau ibu semasa hamil minum Radix everyday, baby akan tegap. Lebih kurang macam tu lah. Cuma, fasal baby baru 5hari berdiri macam Iman Damia...Hmm, wallahualam.

Masa Iman Damia baru masuk dua bulan, Ummi dah boleh dukung tegak sebab ketegapan Iman Damia. Senang sangat Ummi nak bawa Iman Damia bawa naik ke rumah dengan beg2 yang banyak. Hihihi. Cuma sekarang Iman Damia bakal menginjak 5 bulan, kg also up...erk, Ummi terpaksa tinggalkan sedikit barang untuk abi angkat naik. Bukan Ummi tak boleh, cuma dah tak larat dah. Hihihi... 3 bulan lebih, Iman Damia dah boleh berdiri cuma Ummi tak selalu buat, sebab takut effect lutut Iman Damia sayang. Tapi ada masa biarkan juga Iman Damia berdiri. Memang kuat.

Kita berusaha tetapi yang memberi izin Allah swt. Radix tu mungkin antara perantara kita.
Gambar kat Klinik Wan Saleha, Ummi dalam pantang lagi~

P/S: Ummi masih meneruskan amalan minum kopi Radix setiap hari, ambil softgel habbatussauda, Spirulina... Teruskan menggunakan produk HALAL keluaran bumiputera yang ISLAM. Takbir, Allahuakhbar!

No comments: