Saturday, January 1, 2011

Bertambah dan Berkurang

Assalamualaikum...
Al-Fatihah buat Faizal Yusof, pelakon kisah Adamaya yg pernah menjadi kegemaraan Ummi dan Abi. Beliau berkahwin kali ke2 dengan kawan kepada kawan Ummi. Ummi nak ucap takziah pada isterinya yg sedang 5bulan mengandung. Tidak tertanggung rasanya jika Ummi berada di tempat isterinya.

Masuk tahun 2011, bermakna bertambah setahun lagi usia kita. Ada ke yang semakin berkurang? Ada...semakin berkuranglah kiraan kita hidup di dunia ini. Ada pelbagai perkara yang Ummi dan Abi mahu rencanakan. Tapi tidak perlulah Ummi drafkan di sini. Cukup untuk rahsia rumah tangga.

Apa-apapun, semoga dengan bertambahnya usia kita, maka bertambahlah kematangan kita semua, bertambah amal ibadah kita pada Allah. Bertambah rezeki dan bertambah keimanan kita kerana sekiranya rezeki kita bertambah tanpa penambahan amal ibadah kita pada Allah maka harta2 tersebut bukan hanya akan melalaikan kita malah menyesatkan. Sedihnya dan gerunnya jika perkara tersebut berlaku pada keluarga Ummi dan teman2. Nauzubillah.

p/s: Semalam pi Nogori Somilan. Lots of happiness Ummi wanna share wif u guys!

No comments: