Monday, December 20, 2010

Gadis Kecil Manis Bertudung

Dua minggu lepas, 10-Dec-2010, Ummi dengan MakLang(auntie Iera) makan di PKNS,Bangi. Hari Jumaat,so xdapatla ummi dan MakLang lunch dengan Uncle Sidie, Uncle Tagom, Uncle Topek, Uncle Bob and AngKePuu(Uncle Saiful..hihihi).
Jalan punya jalan, ummi terpandang satu kedai yang jual tudung kecik2, Ummi geram sangat nak tengok. Lepas lunch, ummi ajak MakLang pergi tengok2. Sekali ummi berkenan dengan kaler hitam dengan corak polkadot. Very sweet. Ummi pun decide untuk membelinya. Hmm,agak-agak Damia menangis tak kalau ummi bagi pakai? Nak ke Mia pakai?
Aduhhh, macam2 perkara dalam kepala ummi. Tapi niat ummi cuma nak mengajar dan memperkenalkan tudung kepada Iman Damia.

Balik rumah, tanpa membuang masa, ummi pun tunjuk pada Iman Damia tudung yang Ummi beli. Cantik tak? Damia terkebil2. Ummi pun cubakan untuk Damia. First trial, Damia meronta2 sebab kelemasan barangkali. Ummi minta maaf sayang, ummi first time bagi Iman Damia pakai tudung. aiii, comel bangat anak ummi.
Wajah tidak bersalah
Apa buat muka misteri macam tu....

Macam-macam posing ummi buat keesokkan harinya. Tak sabar nak tengok hasil. Lucu sangat dengan telatah Iman Damia dengan pipi chubby. Rasa nak gigit2 je. Yang bagusnya, Iman Damia tak marah langsung bagi pakai tudung. Cuma Damia akan rimas bila tudung tu basah. Al-maklum lah, ummi tak sempat nak makan singgang sotong sebab tengah nak masak tu, air ketuban ummi pulak pecah (sebenarnya bocor). Itu yang air liur meleleh tu. Kesian Damia.Ummi tak pula masak and 'collek' a.k.a calit skit pada mulut Damia sampai sekarang (sbb sotong takde). Ibaratnya, tudung Damia pun function as bib also.Nice~~
Good, membaca jambatan ilmu~~

=.=Sedap sangat la tu=.=

Hei baby baby what you looking for~~

Love your eyes
The best pict from abi~~

Ummi gembira bila Iman Damia tak banyak ragam bila ummi pakaikan tudung. InsyaAllah besar nanti senang ummi nak bentuk. Tapi ummi dan abi berazam untuk membentuk Iman Damia daripada sekarang. Tak dinafikan, ummi pun bukan sempurna sangat menjaga Damia, tapi ummi akan selalu berusaha untuk mendidik anak ummi menjadi anak yang solehah. Abi dan Ummi cuma menunjukkan jalan sahaja. Namun, kepada Allah ummi minta diberikan petunjuk dalam mendidik anak-anak ummi nanti, InsyaAllah.

No comments: