Friday, March 4, 2011

Cerita Macam-Macam


Assalamualaikum wbt...

Lamanya Ummi tak update blog ni. Bukan lupa tapi Ummi tak ada masa. Biasanya, lepas tidurkan Iman Damia, Ummi akan menuju pada laptop vaio (hihihi) kesayangan Ummi ni dan surfing. Tetapi sekarang, bila Iman Damia tidur, Ummi pun tertidur sama. Tak larat dah nak berjaga lewat malam. Baik Ummi berehat je, esok nak kena bangun pagi2 dengan macam2 perkara nak buat. Hahaha, tu baru anak sorang kan.kan.kan...

Iman Damia dah 7bulan lebih...akn msuk 8bulan minggu dpn...bermakna dalam beberapa hari lg la. dah besar dah anak Ummi, semakin cerdik dan ligat. masa ni lah masa yg sesuai untuk bg input2 yg baik untuk anak. I.Q mereka amat aktif dan cepat pick up. walaupun mereka tidak pndai lagi berkata-kata, tapi kadar penyerapan amat tinggi.

Keletah Iman Damia sangat menyeronokkan. Everyday mesti Ummi rasa teruja nak amik Iman Damia dari rumah ibu. Bila tengok anak manja ni tak sabar dipeluk Ummi, bertambah2 rindu pada sikecil ni. Sudahlah pandai meniarap, mengensot, kalau duduk dalam walker memang berkejarlah si Damia ni pada Ummi. Sampai ke dapur Iman Damia kejar Ummi dengan tersengih2. Mahal sungguh senyuman anak Ummi, walaupun hari2 tengok, tapi tetap tak puas dipandang.

Bila baca paper cerita macam2 tentang ragam manusia sekarang memang menakutkan Ummi dan Abi. Besarnya tanggungjawab mendidik anak2. Dari kecil ni, mereka memerhatikan dan mendengar apa yang dilakukan orang dewasa. Bimbang juga kalau2 ada perkara yang kurang elok diikuti anak2 Ummi nanti. Minta2 Allah jauhkan.

Hari Sabtu baru2 ni Abi bawa Ummi dan Iman Damia balik Terengganu. Bestnya dapat balik, tak cukuplah sehari. Tapi ni pun balik bersebab~ Banyak sangat perkara Ummi nak buat tapi tak sempat. Nak shopping lagi lah tak de langsung. Aktiviti kebanyakkannya di rumah mak dan ma. Tapi itulah yang best, taklah rasa penat sangat Ummi. Dengan keadaan sekarang ni, better Ummi banyak berehat. Cuma terkilan sikit sebab tak sempat langsung nak belikan buah tangan untuk pengasuh Iman Damia dan klik ofis. Dah lah Uncle Faizal a.k.a Tagom nak berhijrah ke tempat lain. Tak best lar, mesti bertambah-tambah sunyi munyi nanti, dah takde orang Maran yang sen*aL dalam ofis. Susahlah Ummi nak tahu Maran turun salji ke tidak. Hhihihihi...

Owh, dah lambat rupanya. Esok nak bangun awal, sediakan makanan Iman Damia yang suka makan. Apa sahaja yang Ummi suap mesti makan. Laksam pun dah jadi fevret Iman Damia. Seronok tengok aksi Mia kalau lambat suap... mesti menjerit2 minta cepat suap~~~~

**Setiap Pertemuan akan diakhiri dengan Perpisahan.**
~Semoga Perpisahan menjadikan diri lebih menghargai erti persahabatan~
Jangan lupa akak dan kawan2 lain
Jangan lupa belanja makan untuk akak dan baby tau...baby yg nak...
hihihihi

Berikut adalah gambar2 bbrapa bulan terdekat ini yang tidak sempat Ummi tuliskan entry. Nanti ada masa, insyaAllah Ummi loadkan pict manyak2 yup~

Owh ya, gambar ni masa Iman Damia dalam 6mths lebih kot. Masa ni pi jumpa Atuk kat KLIA coz atuk nk fly g penang. Ada kursus.
Nanti senang2 Ummi story and letak pict kat KLIA ok
Ni Siti Amirah, kawan Ummi dan Abi sejak sekolah rendah.
Sempat juga Ummi dan Abi datang ke majlis mereka di Tgnu
Ni dalam Kereta, otw g mana ntah...
(comelbudaknimacamummi)
Me and Mini Me
Align Center
Mini Me sleep~

And I wanna my bed now...
lets recite do'a first
"Dengan Nama Allah, Aku hidup dan Aku mati..Amiin"